JellyPages.com

Wednesday 31 October 2012

LAST DAY :) JAMBORI :)

Hari ke-4, 24 September 2012, Isnin.



Majlis penutupan Jambori River Ranger Kali Ke 3 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ir. Ahmad Husaini b. Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia pada jam 10.00 pagi.
 
Majlis penutup dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah dan diteruskan dengan persembahan daripada peserta. Persembahan pertama ialah daripada Johan dan Naib Johan SPeakers Corner menyampaikan pidato mereka. Sukacitanya dimaklumkan peserta negeri Pulau Pinang iaitu Nurul Shazlina Yazis telah berjaya merangkul Naib Johan dalam acara Speakers Corner :)
 
 Kemudian acara diteruskan dengan persembahan sketsa yang bertajuk Sungai. Majlis menjadi semakin hangat apabila para peserta turut membuat persembahan dikir barat yang TERBAIK !!!!
 
Selesai majlis dan selepas makan tengahari kesemua peserta kemudiannya bertolak pulang ke negeri masing-masing dengan membawa sejuta kenangan dan pengalaman.

Sejuta penghargaan dikalungkan kepada JPS Negeri Pulau Pinang kerana memberikan kami peluang menimba ilmu dan pengalaman yang amat bermakna.  :)


No comments:

Post a Comment