JellyPages.com

Sunday, 17 June 2012

TahUn Baru.....SemaNGAt BAru... HArapan BAru..SMART RANGER 2012 IS BACK!!


Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Alam sekitar mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan kita. alam sekitar yang tidak tercemar memberikan suasana yang cukup selesa dan menyamankan. Kepentingan menjaga alam sekitar sangat penting, agar generasi akan datang bebas daripada pencemaran. Apabila alam sekitar berada pada tahap baik, pelbagai kesan positif muncul, antaranya kesihatan manusia terjamin, pembekalan udara segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan darat dan air terpelihara sekaligus menjadi tarikan pelancong.

Atas kesedaran dan keprihatinan terhadap alam sekitar, 6 orang individu dari SMK (P) METHODIST yang mewakili suara hati generasi kini telah mengambil bahagian dalam Program SMART RANGER 2012!
 PROGRAM SMART (Start Managing All Resources Today) RANGER ialah salah satu program pendidikan alam sekitar. Ia juga adalah kesinambungan daripada Program River Ranger yang diadakan pada tahun 2011. Program tahun ini membawa objektif Sifar Sisa Buangan.

Program SMART RANGER meliputi aspek teori dan  latihan pratikal dalam merealisasikan Sistem Sifar Sisa Buangan di Malaysia. Terdapat 4 jenis Modul, yang diajar kepada peserta.

Modul 1 SISA BUANGAN DAN ALAM SEKITAR sesi pengenalan mengenai definisi alam sekitar. Peserta didedahkan dengan punca-punca pencemaran terhadap alam sekitar, apakah sisa buangan yang dibuang setiap hari dan impak terhadap alam sekitar.

Modul 2 PENGURUSAN SAMPAH Peserta didedahkan dengan cara-cara menguruskan sampah dengan betul. Kebanyakan peserta bersetuju sampah-sampah datang daripada rumah. Oleh itu, untuk menjayakan konsep ini, system pengurusan sampah hendaklah dimulakan daripada rumah. Suri rumah khususnya haruslah mengasingkan sampah dengan betul. Selain itu, Konsep Sisa Buangan Sifar iaitu 4R2C hendaklah dipratikkan. 4R mewakili Rethink, Reduce, Reuse, dan Recycle manakala 2C mewakili Compost dan Close the loop.

 Seterusnya, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mewakili kumpulan PBT, Vendor, Orang Bandar, orang luar Bandar dan NGO dikehendaki untuk berdebat. Pendebatan bertajuk Sejauh manakah keberkesanan konsep sifar sampah di Malaysia??
Setiap ahli lantang bersuara memperjuangkan hak kumpulan masing-masing. Isu yang dibentangkan menyebabkan masing-masing tidak mahu mengalah dan bertegang urat untuk membenarkan kumpulan yang diwakili. Bukan itu sahaja, malah peserta dapat mengasah bakat untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Fakta-fakta yang bernas telah dikeluarkan untuk mematahkan hujah pihak lawan. Kesimpulannya tiada siapa yang kalah dan menang kerana masing-masing hebat berhujah.

Hari berikutnya, Modul 3 dilaksanakan iaitu Hands-On Activity. Peserta dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing untuk melaksanakan tugas. Terdapat tiga tugas kesemuanya. Tugasan yang pertama ialah Kompos diikuti dengan tugasan kedua iaitu Garbage Enzyme. Tugasan ketiga amat menguji IQ peserta kerana mereka dikehendaki membuat kraftangan menggunakan barangan terpakai yang agak terhad. Melalui aktiviti ini, peserta belajar semangat bekerjasama dan kesedaran mengguna semula barang-barang terpakai. Juara bagi aktiviti ini ialah kumpulan PBT.

 Akhir sekali, Modul 4 Bagaimana Memulakn Sistem Sifar Sisa Buangan. Sebelum berakhir program ini,peserta disajikan dengan tayangan slaid mengenai kepentingan air yang amat terkesan di jiwa para peserta. Kemudian acara penutup diteruskan dengan kuiz dan perjanjian untuk menjayakan konsep Sifar sisa ini.

Akhir kata, tidak perlu kita fikirkan satu perkara yang terlalu besar untuk menjaga alam sekitar. Hanya dengan menyokong pengurangan menggunakan bahan berkaitan plastic, tidak membuang sampah ke dalam sungai, tidak membuat pembakaran terbuka sudah cukup untuk menunjukkan komitmen dan kesedaran kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang baik.







Even the smallest creature helps keep the world colourful.